Dalam usaha memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menubuhkan sebuah perpustakaan desa di Batu Kawan dengan harapan untuk membantu dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan penduduk tanpa mengira agama, bangsa mahupun umur.
Pengwujudan perpustakaan desa juga akan dapat membangunkan minda masyarakat luar Bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.
Pembukaan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Batu Kawan ini telah dilaksanakan oleh Pn. Shukriah bt. Hj. Yon, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang pada tahun 2006 dan telah di buka dengan rasminya oleh Tuan Haji Jusni Bin Ismail, Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan.Sehingga kini, Perpustakaan Desa Batu Kawan telah mempunyai ahli seramai 1500 orang ahli.
Sehingga kini, perpustakaan ini mempunyai jumlah koleksi mencecah 8000 buah buku. Perpustakaan turut melanggan 10 jenis majalah setiap bulan berserta 2 jenis akhbar iaitu Utusan Malaysia dan New Straits Times
